Pages

.::All BoUt My LiFe::.


Monday, October 25, 2010

~~Puisi buat mak~~




Ditujukan khas buat Fazilah binti Othman


Kau diam di kala sedih,

Kau bising

di kala marah,

Kau senyum di kala gembira,

Kaulah IBUKU…



Ibu yang bertungkus lumus mencari rezeki,

Ketika senang mahupun susah,

Demi menyara anak-anaku,

Dari kami kecil sehinggalah sekarang,

Keperitan hidup tanpa suami tiada siapa yang tahu,

Itulah kau IBUKU…


Tak pernah melatah walaupun sekali,

Takkan meminta melainkan berusaha,

Demi anak-anak kau teruskan perjuangan,

Perjuangan demi menjaga masa depan anak-anakmu kelak,

Syukur dengan rezeki diberi Ilahi,

Kau mampu menyara anak-anakmu seorang diri,

Oh IBU…

Berkat usaha dan doamu IBU,

Anak-anakmu berjaya,

Takkan kami lupa segala penat lelahmu,

Segala perjuanganmu,keperitanmu membesarkan kami,

Takkan sekali-kali,derhakalah kami sekiranya kami lupa,

Ibu ingin kau tahu yang kami amat menyayangimu,

Lebih dari segalanya malah lebih dari nyawa kami,

Kaulah insan TERISTIMEWA yang pernah hadir dalam hidup kami,

Tanpamu IBU tiadalah kami…

Ampunkan kami andai bersalah,

Maafkan kami andai berdosa,

Betapa sayangnya kami padamu IBU,

Jangan sesekali tinggalkan kami IBU,

Melainkan kuasa yang MAHA ESA,

Sanggup kami gantikan nyawa kami dengan nyawamu IBU…

Betapa insafnya diri kami bila mengenangkan segala salah kami,

Salah yang membuatkanmu menangis,

Kami manusia BODOH,

Manusia yang sanggup membiarkan IBUnya menangis,

IBU, takkan ada lagi tangismu kerana kami,

Melainkan tangisanmu pabila melihat kami semua berjaya,

Berjaya di dunia dan juga berjaya di akhirat,

IBU kaulah insan TERISTIMEWA,

Kami SAYANG MAK……………..

Hasil nukilan;

Hafizah binti ahmad elias.


No comments:

Post a Comment